JIKA AKU JATUH HATI
Ya allah jika aku jatuh cinta
Cintakan lah ku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada mu
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaimu
Ya muhaimin jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padamu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya rabbana jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku pada nya agar tidak berpaling daripada hatimu
Ya rabbul Izzati, jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu…..
Ya allah, jika aku menikmati cinta kekesihmu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam akhirmu
Ya allah, jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu
Ya allah jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan ku melampaui batas
Sehingga melupai aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
Hanya kepadamu
Amin….
Doa ku agar kita sama-sama Berjaya didunia dan akhirat….
Berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran…yang sememangnya
Menguji kekuatan iman….
Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini hilang….
Semoga cinta yang dicari telah ditemui
Semoga allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihnya…
Insyallah….
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak Milik Alissya_Yana. Powered by Blogger.
No comments:
Post a Comment