Followers

Thursday, December 15, 2011

Buah Dabai & Engkalak Sarawak Tropical Fruits

Assalamualaikum semua...

Hari nie yana nak kongsikan sedikit tentang buah kesukaan yana...
Rasa2 kawan2 tahu tak apa itu Buah Dabai dan Buah EngkalaK...
Kedua2 buah nie memang sedap dimakan dengan nasi yang panas...
Kalu nak tahu Buah Dabai tu apa dan buah engkala tu apa jom ikut yana....

v
v
v
v
v
v
v
Ok mula2 yana perkenalkan BUAH DABAI kepada kawan
v
v
v
Ini BUAH DABAI

Ihsan Google: Buah Dabai

Ihsan Google: Biji buah dabai

Ok...Buah dabai nie isi nya lemak dan memang enak dimakan...macam mane nak tahu die lemak ke tak kawan2 boleh genggam buah tu dalam tangan...kalau kawan2 rasa ianya melekat kat tangan kawan insyallah buah tu lemak...selalu nye ada gak org tgk melalui mata buah tu kalau kuning terang maka lemak lah buah tu kalau kuning nye pudar kurang lemak lah buah tu.....heheheh

Tapi bagi yana lemak ke tidak lemak ke buah nie memang sedap di makan...heheheh

Mesti kawan2 tertanya2 macam mane nak makan buah nie kan...buah nie klu nak makan kena basuh dahulu untuk hilangkan pasir kat buah tu lps buah tu bersih...
Boleh lah rendamkan dalam air panas2 suam selama beberapa minit (10-15 minit)
Lepas buah tu rasa lembut sikit dan tak keras boleh lah buang air tadi dan letak kan sedikit garam...
Kalau dimakan dengan nasi panas memang sedap...heheheh...selain tu boleh gak makan dabai nie dgn kicap masin memang sedap....

Kalau kawan nak tahu buah dabai nie boleh dibuat budu masin...budu masin nie lah orang Sarawak gelarkan dabai masin...Dabai masin nie selalunya org tambah dalam masakan iaitu Nasi Goreng...Nasi Goreng tu dikenali sebagai Nasi Goreng Dabai.....

Nasi Goreng Dabai

Ok sekarang nie yana perkenalkan BUAH ENGKALAK....
v
v
v
Ini BUAH ENGKALAK


Ihsan Google: Buah Engkalak

Ihsan Google: Isi buah Engkalak dan biji nya

Ok cara nak makan buah nie pun same...mula2 kita basuh buah tu untuk hilangkan pasir yang melekat kat buah...
mengikut petua orang tua2 kalau nak makan buah nie kena ketuk buah nie dengan 
kelido @ senduk nasi...supaya isi buah lembut hehehe...
lps tu rendamkan dalam air suam2 kuku selama beberapa minit (10-15 minit)....
Lps tu buangkan air nya dan taburkan sedikit garam...lps tu boleh lah dihidangkan...memang sedap dimakan...isi nya lemak...kena mkn dengan kulit luar ye heheh...klu kulit buah tu dibuang tak terase lah sedap nye....
macam tu gak dengan buah dabai....kena makan dengan kulit2 die...baru teras enak nya buah tu...hheheheh..

Jadi bagi sesiapa yang belum pernah makan buah nie bila datang ke Sarawak boleh lah mencube...
Tapi kena datang pada musim buah nielah heheh...
kalau datang musim buah lain mmg sukar nak dapat...
Kalu musim buah dabai...kawan2 akan dapat beli buah dabai nie sekilo RM10...
Kalau musim tu terlampau banyak orang jual buah dabai kawan2 boleh dapat harga sekilo dalam Rm6 ke Rm9 mcm tu heheh...


Manakala buah engkalak pulak selalu nya sebakul kecil macam gambar kat atas tu harga Rm2 ke RM5...hehhehe...
Jadi kalu kawan2 nak merasa buah nie datang lah ke Sarawak...

Ok lah sampai disini perkongsian yana ye...

Wassalam....







1 comment:

ShahzCudin said...

woh! 1st time tau..bleh try cr nt klo g sarawak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Alissya_Yana. Powered by Blogger.