Followers
Showing posts with label Shout Out. Show all posts
Showing posts with label Shout Out. Show all posts
Sunday, March 8, 2015
Sunday, October 6, 2013
Peperiksaan Bukan Sekadar Markah Tapi Penentu Masa Depan Anak-anak....
Assalamualaikukm semua....
Hehehe....rasanya masih terasa lagi debaran ibubapa yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaam tahun nie....
iaitu UPSR(Ujian Penilaian Sekolah Rendah)

PMR (Peperiksaan Menengah Rendah)
SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
dan yang akhir sekali STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).
Yana masih ingat lg masa yana mula ambik peperiksaan UPSR dulu.....
masa tu lum tahu apa lg....huhuhu....semua nye msh blur2 je....bila sekolah menengah....ambik PMR dah mula belajar bersungguh2....sbb nak masuk tingkatan 4.....Bila dah masuk tingktan 4...yana mula buat nota ringkas untuk dibawa g tingkatan 5.....masa tingkatan 4 dan 5 banyak cabaran....masa tu byk juga aktiviti sekolah yang yana ikut....heheh....ada masa lapang yana buat ulangkaji sendiri....
Bila ambik SPM yana rasa takut sangat....takut tak lulus SPM.....tapi alhamdulilah....Yana Lulus dengan baik cuma yana kena ambik balik BM Julai sbb tak kredit.....bila ambik balik alhamdulilah.....yana dapat kredit dalam BM.....Lps SPM yana Dapat Tawaran untuk Ambik diploma kat uitm....yana kat uitm selama lima tahun... sbb ambik Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Dan Sekarang yana dah ada kerjaya sendiri.
Syukur alhamdulilah...
Jadi Bagi ibubapa....bagilah semangat buat anak2 agar mereka mahu belajar untuk masa depan....bukan belajar ntuk memenuhi kehendak kita sebagai ibubapa....biar anak2 menentukan sendiri apa yang mereka inginkan...cuma kita sebagai ibubapa hanya menjadi pembinbing supaya pilihan mereka tidak salah....dan seterusnya kita sebagai ibubapa harus berdoa agar mereka berjaya dalam hidup dan pilihan kerjaya mereka....
Saturday, October 5, 2013
Kehidupan Yang Terindah Part 2
Assalamualaikum Semua....
Hari sabtu yang berbahagia ini....hope semua happy ye....
Ok Hari tu yana nak sambung tentang Post yana mengenai Kehidupan yang Terindah...
Semua orang tahu yang kita cuma merancang perjalanan hidup kita tetapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya.....
![]() |
| Image Mr. Google |
Seperti yana....yana hanya merancang bagaimana kehidupan yang yana ingin lalui....
Dari yana kecik sampai sekarang banyak yang yana lakukan yana akan meminta pendapat ibubapa yana....ye lah pendapat orang tua lebih menyakin kan kita untuk membuat keputusan.....
Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.....yana akan bertanya dahulu kepada ibubapa yana baru yana buat sesuatu yang yana rasakan boleh yana lakukan....
Bila sampai ke peringkat diploma dan ijazah yana tetap juga bertanya pendapat orang tua yana tentang sesuatu.....
Mungkin sudah menjadi kebiasaan yana kot....perlu berbincang dahulu sebelum yana membuat keputusan untuk meneruskan rancangan yana....itu lah nama nya kehidupan.....
![]() |
| Image from Mr. Google |
Kehidupan yang terindah bermula dengan redha Allah dan kedua ibubapa.....
Alhamdulilah....apa kejayaan yang yana kecapi sekarang adalah hasil berkat usaha dan redha dari kedua ibubapa yana....
Sekarang yana dah mempunyai kerja tetap dan mempunyai impian untuk meneruskan cita-cita yana untuk menyambung pelajaran keperingkat yang tinggi....
Insyallah kalau ada rezeki untuk yana....yana akan cuba capai impian dan cita-cita yana tu.....selagi hayat dikandung badan....ilmu itu adalah sesuatu yang berguna untuk kita satu masa nanti....
ok lah tamat sudah Post yana tentang Kehidupan yang terindah yanga yana pernah alami dari dahulu sehingga sekarang.....semoga allah memberkati selalu....amin...
Tuesday, October 1, 2013
Kehidupan Yang Terindah Part 1
Assalamualaikum....
Hmmm....dah lama lak yana tak meluah kan perasaan kat cne....heheheh....bukan ape sibuk sikit....
Oh ye sekarang dah masuk 4 tahun yana berkhidmat sebagai guru....hmmm...life is so complicated....macam2 cabaran yang yana hadapi setiap tahun....cabaran yang sungguh2 menguji ke tabahan hati dan perasaan.....
Kehidupan ini banyak kenangan yang terindah dan juga yang menyedihkan.....apa yang terindah itu lah yang menjadi kenangan dalam hidup.....
Yang menyedihkan akan dibuang sejauh mungkin dalam minda yana.....kalau boleh yana nak hidup yana sentiasa diterangi cahaya yang indah.....
Itu lah nama nya kehidupan kalau tidak ada cabaran mungkin hidup kita tidak akan sempurna.....sekarang yana selalu ingat....setiap cabaran yang yana tempuhi itu lah cabaran yang akan membawa yana kepada kejayaan.....yana selalu berdoa semoga semua cabaran dalam hidup yana akan menjadi jalan dan petunjuk menuju kejayan dalam hidup dan kerjaya yana....
| google image |
ok sampai disini sahaja ya....nnt ada masa yana akan sambung Keidupan Yang Terindah Part 2
Friday, September 13, 2013
Borneo International Kite Festival 2013
Assalamualaikum semua.....
lama lak tak online n celoteh kat blog kesayangan nie....hehehh....oh ya....nak tahu tak.....minggu lps kat tempat tinggal yana nie penuh dengan orang yang ingin melihat bermacam-macam jenis layang-layang GERGASI....hehhehe....yang nelayang ke udara.....
| image dr google |
Tapi sayang nye saya tak dpt tengok lah pulak....sbb hari sabtu sekolah ganti....hari ahad pulak Solat hajat UPSR.....jadi tak delah boleh tangkap gambar untuk dimuatkan kat dalam blog nie....mungkin ada gambar kawan-kawan dari fb dan blog die org yang saya leh kongsikan kat sini....
Sebenarnye Festival nie dah 9 tahun dah diadakan di Bintulu nie.....banyak gerai2 jualan makanan....produk-produk tempatan.....kuih muih....dan banyak lagi lah yang terdapat di BORNEO KITE FESTIVAL NIE....HEHEH....
Seronok tau ....dapat tgk bermacam- macam jenis layang-layang GERGASI GITU HEHEEH....
| ihsan dari borneo post |
| image Mr. Google |
ini lah contoh layang-layang GERGASI yang saya maksudkan.....seronok tau tgk....cuma tahun nie je tak blh tgk huhuhuhu.....(mood sedih....sob....sob...sob.....)
Jadi bagi yang nak tgk datang lah ke BINTULU tahun depan...insyallah.....mesti ada lagi.....
jom kita tgk LAYANG-LAYANG GERGASI
| Ihsan dr Bintulu Development Authority (BDA) |
| ihsan BDA |
Nota kaki:
Borneo International Kite Festival 2013, Bintulu, Sarawak, Malaysia, Tourist, Cuti-cuti Malaysia, Kite, Layang-layang
Sunday, August 18, 2013
Tuesday, January 8, 2013
Untuk Mendapat Kebahagiaan Kita Perlu......
Buat Renungan Bersama....
Untuk mendapat kebahagiaan kita perlu berjaya....untuk mendapat kejayaan kita perlu yakin......untuk mendapat keyakinan....kita perlu tabah menghadapi segala rintangan....untuk mendapat ketabahan dalam diri kita perlu berjuang habis-habisan....untuk perjuangan yang dilalui kita perlu berkorban.....Dari pengorbanan yang kita buat akan terbentuknya kehidupan yang penuh onak dan duri....
Friday, October 19, 2012
MUSIM BUAH DABAI DAN BUAH DURIAN DI SARAWAK
Assalamualaikum....
Sekarang nie Musim Buah DABAI kat Bintulu Sarawak...Jadi ramai lah para penjual yang menjual buah durian n buah dabai kat gerai2 tepi jalan....Ada buah dabai yang lemak sangat....Yana suka makan buah dabai nie...heheheh...Kalau musimnya....mmg yana tak pernah miss pun heheheh...Sedap....heheheh
Saturday, May 12, 2012
5 Jambatan Kehidupan
Buat Renungan Semua....
♥ 5 Jambatan Kehidupan ♥
1. Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA ♥
2. Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN ♥
3. Jambatan terkuat adalah: IMAN ♥
4. Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN ♥
5. Jambatan terindah adalah: KASIH SAYANG ♥
Saturday, March 10, 2012
Buat Renungan Adam dan Hawa
Untukmu Adam dan Hawa...
Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.
Nukilan dari Jom berdakwah di FB

Sunday, February 5, 2012
SEPINYA BUAT SEKETIKA...
Assalamualaikum
Hmmm....dah lama yana tak up date blog nie bukan ape yana sibuk sejak akhir2 nie....
Di kesempatan ini yana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W......
Salam Maulidur rasul buat semua....
Ok yana Sebenar nya tgh sibuk menaip apa yang patut untuk murid2 yana...heheheh...
sbb tu lah yana menyepi diri buat seketika...
yana akan cuba untuk update apa yeng patut dalam blog yana ini...
ok lah sampai disini ye...
Wassalam...
Sunday, January 1, 2012
Selamat Datang Tahun 2012...
Assalamualaikum...
Yana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Buat Semua rakan2 blog yang lain...
Semoga tahun nie membawa Beribu-ribu rahmat buat kita semua...
Hope Azam tahun lps sudah dicapai...
Jikalau belum..berusahalah untuk tahun ini semoga ianya tercapai...
Amin...
Saturday, December 24, 2011
Thursday, December 8, 2011
Cerita Tontonan Zaman Kanak-kanak....
Assalamualaikum semua....
Ok hari ni yana nak kongsikan tentang sesuatu yang yana selalu tengok masa kanak-kanak dulu...heheheh...
Sampai sekarang ia nya masih boleh ditonton kat Tv heheheh....
Jom kita lihat gambar2 cerita tersebut...tentu kawan2 tahu bila melihat cerita ini nanti...
Klu cuti sekolah mesti ianya akan ditayang kan di Tv dan astro heheh....
Jom kita lihat gambar yang yana ambik dari Mr. Google nie....heheh...
One
v
v
v
v
v
v
v
Two
v
v
v
v
v
v
v
Three
v
v
v
v
v
v
v
Tada!!!!!
Ini lah dia...heheheh
Jom.....ikut yana menjelajah Dunia ULTRAMAN....
| Ultraman Tiga dan Ultraman Dyna |
| Ultraman Brothers |
| Ultraman Mebius |
| Ultraman Max |
| Ultraman Cosmos |
| Ultraman Nexus |
| Ultraman Gaia |
Heheheh....semua nie yana dapat dr Mr. Google....Semua yang yana letak kat atas nie semua nye Ultraman yang yana pernah tgk heheheh....Dari dulu sampai sekarang....ada yang lama ada yang baru....Tak tahu lah berapa byk sbnrnya cita Ultraman nie...heheheh
Ok lah itu saja perkongsian yana hari nie...tata...titi...tutu...
wassalam...
Saturday, December 3, 2011
# Rainy Saturday #
Hai there!!!
Listen to this song....rainy day outside the house...
Rainy Mood Today...
Friday, November 25, 2011
Siapa aku di mata dan hatimu...
Assalamualaikum...w.b.t
Entri yana malam nie mungkin ada unsur sedih sikit kot....
Tajuk entri "Siapa Aku Dimata dan Hatimu?????"...
Pernah kah rakan-rakan semua bertanya soalan seperti di atas kepada sesiapa yang rapat dengan anda tak kisah lah
kawan ke?..
lawan ke?..
classmate ke?..
coursemate ke?..
roommate ke? ..
housemate ke?..
ataupun soulmate?
dan banyak lagi mate lah...
heheheh....
Mungkin ada diantara rakan2 blogger yang pernah bertanya soalan begitu kepada seseorangkn...tak mustahil bukan...
Apa perasaan korang masa tanye soalan tu...heheh
ada tak yang rasa
sedih...
kecewa...
marah...
benci...
geram...
terkilan...
ataupun ke semua diatas..
Mesti ada kan...yana pernah rasa semua perasan tu..dan yana pun pernah tanye gak soalan tu..masa tu yana tak dah tak peduli ape jawapan yang yana akan dpt...
tuhan je tahu ape yang yana rasa masa yana tanye soalan tu kat seseorang yang pernah mengembirakan hati yana...
Jawapan die mmg sangat menghiris perasaan...sampai sekarang yana masih ingat ape yang die katakan...(tapi yana tak simpan dendam ye...tak baik untuk kesihatan) heheheh...dari situ yana mulakan hidup baru....yana byk belajar dari kesilapan diri yana....sekarang yana happy dengan diri yana kerana yana berjaya memulihkan semangat yang pernah diruntuhkan satu masa dulu...
Yana telah buktikan siapa yana di mata dan hati semua pihak...termasuk dia yang pernah menghiris hati yana dengan kata2 nya...terima kasih yana ucapkan..
oklah sampai disini entri yana hari nie...heheheh...ingat
Siapa aku dimata dan hatimu???????
Wednesday, November 23, 2011
Angry Bird Colourful Image
Assalamualaikum wbt...
Today I want to show u all some colourful image of angry bird....
All this image u can get from Our MR. Google...eheheh
Come let see the Angry Bird Colourful Image....Children Love this game very...very...much heheheh and also me...hehehe...
| Picture from Mr.Google |
| Angry Bird Cupcake |
| Angry Bird Keychain |
| Angry Bird Iphone Casing |
| Angry Bird Lego |
| Angry Bird Cake |
So you guy...Look there are so many amazing picture of Angry Bird in Mr.Google web hehhehe...from game to cupcake, from cupcake to keychain, from keychain to Iphone casing, from Iphone casing to lego, from lego it aslo you can see as cake heheheh...
So famous...so what are you waiting for...come see it for yourself at Mr. Google image web page.....
ok da....
Saturday, November 12, 2011
Beriklan di blog Nature of Life Selama Seminggu
Assalamualaikum...
Updated ye.....Tentang Iklan Percuma di sidebar Blog Yana
Yana telah mengambil keputusan untuk menambah masa Iklan percuma di blog Yana selama seminggu. Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh lah meletakkan iklan anda untuk seminggu di blog Yana....ok selamat beriklan

Subscribe to:
Comments (Atom)
Hak Milik Alissya_Yana. Powered by Blogger.