Followers

Saturday, March 5, 2011

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan 
kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang 
diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat 
sebagai seorang penjawat awam ialah:

Elaun perumahanYa, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. 
Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  
elaun ini sudah pasti akan membantu.
Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? 

Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. 
Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di 
bandar mana anda bekerja?
Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas 

disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan 
buat mereka yang berkhidmat buat negara.
Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji 
tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi 
kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar 
nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.
Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? 

Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima 

adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. 
Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. 
Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga 
kenaikan pangkat.
Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda 

perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. 
Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!
Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, 
iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah 
boleh mula membuat pinjaman 
untuk membeli 'banglo' idaman anda.
Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? 

Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah 
risau akan masa depan anda lagi..
Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..

Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan 
peluang berkhidmat selama itu?
Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya 

naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap 
anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..
Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! 

Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk 
menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 
1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. 

Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari 
percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri 
kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.
Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama 

keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga 
anda semakin menyayangi anda seadanya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Alissya_Yana. Powered by Blogger.