Followers

Thursday, June 2, 2016

OH IBU...Moga Engkau Bahagia disana...OH IBU!!!!!

Assalamualaikum semua...

Dah setahun ye saya tinggalkan blog nie....maaflah semua sibuk dengan kerja n juga menguruskan arwah mak yang masuk and keluar hospital...banyak kenangan bersama arwah...tahun nie berpuase tanpa arwah...kami sekeluarga harus redha dengan ketentuan yang Allah SWT telah tentukan...selama ini...tak terpikir yang arwah mengalami penyakit kanser yang boleh dikatakan merbahaya... Selama ini arwah mak tak pernah mengadu yang dia sakit ataupun demam...kalau dia demam boleh dikira sekali dalam setahun...Tapi takdir Allah SWT tak siapa yang tahu...dan mati itu pasti buat semua umat manusia....cuma bila dan dimana sahaja yang kita tidak ketahui....rahsia tersebuat hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya...

Puasa tahun ini kami akan sambut dengan sederhana sahaja....hari raya nnt pun rasanya sama...tapi adik dan kakak akan balik beraya bersama bapa disini....rasanya mungkin tak semeriah dahulu lagi...

hari nie aku menulis coretan ini untuk mengabdikan tarikh arwah meninggal dunia didalam blog ku ini agar ku sentiasa mengingatinya....Arwah mak meninggal pada 16 Mei 2016 iaitu hari sambutan hari guru disekolah ku diraikan...waktu itu aku tak berasa pun ingin menyambut sambutan hari guru tersebut...hanya gambar dan ucapan dalam watsapp je yang dapat ku baca..hati dan perasaan ku takut dan ingin cepat berada dihospital selepas menerima panggilan pada pagi itu dari doktor yang merawat arwah.....arwah pada masa itu tak sedar pun masih seperti seorang yang tido.....pada pukul 4.20 petang doktor mengesahkan yang arwah mak menghembuskan nafas nya yang terakhir....alhamdulilah sempat aku dan bapa menghantar kalimat "La ilaha illallah" kepada arwah mak sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Itulah hari terakhir ku bersama arwah...arwah dibawa ke rumah dan di uruskan oleh ahli keluarga yang lain...pada 17 hb Mei pada pukul 10 pagi arwah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan disana....Maka hilang lah sudah satu tempat ku untuk bermanja....pada arwah ku selalu ceritakan kisah sedih dan gembira yang selalu berlaku pada diri ku...dialah emak dan dialah kawan rapat ku....

Untuk Mu Ibu 

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...



Sekarang hanya doa yang dapat ku hadiahkan buat arwah mak....moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Alissya_Yana. Powered by Blogger.