Assalamualaikukm semua....
Hehehe....rasanya masih terasa lagi debaran ibubapa yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaam tahun nie....
iaitu UPSR(Ujian Penilaian Sekolah Rendah)
PMR (Peperiksaan Menengah Rendah)
SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
dan yang akhir sekali STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).
Yana masih ingat lg masa yana mula ambik peperiksaan UPSR dulu.....
masa tu lum tahu apa lg....huhuhu....semua nye msh blur2 je....bila sekolah menengah....ambik PMR dah mula belajar bersungguh2....sbb nak masuk tingkatan 4.....Bila dah masuk tingktan 4...yana mula buat nota ringkas untuk dibawa g tingkatan 5.....masa tingkatan 4 dan 5 banyak cabaran....masa tu byk juga aktiviti sekolah yang yana ikut....heheh....ada masa lapang yana buat ulangkaji sendiri....
Bila ambik SPM yana rasa takut sangat....takut tak lulus SPM.....tapi alhamdulilah....Yana Lulus dengan baik cuma yana kena ambik balik BM Julai sbb tak kredit.....bila ambik balik alhamdulilah.....yana dapat kredit dalam BM.....Lps SPM yana Dapat Tawaran untuk Ambik diploma kat uitm....yana kat uitm selama lima tahun... sbb ambik Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Dan Sekarang yana dah ada kerjaya sendiri.
Syukur alhamdulilah...
Jadi Bagi ibubapa....bagilah semangat buat anak2 agar mereka mahu belajar untuk masa depan....bukan belajar ntuk memenuhi kehendak kita sebagai ibubapa....biar anak2 menentukan sendiri apa yang mereka inginkan...cuma kita sebagai ibubapa hanya menjadi pembinbing supaya pilihan mereka tidak salah....dan seterusnya kita sebagai ibubapa harus berdoa agar mereka berjaya dalam hidup dan pilihan kerjaya mereka....